Gabungan Terkuat: UMNO, PAS dan PPBM bentuk gabungan rasmi dalam masa terdekat

PETALING JAYA: PAS memberi bayangan bahawa parti itu bersama-sama Umno dan PPBM akan membentuk gabungan rasmi dalam masa terdekat di sebalik khabar angin yang mendakwa hubungannya dengan Umno semakin renggang.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbincangan antara 3 parti itu sedang berjalan dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

“Perbincangan dan muafakat agar pembentukan gabungan ketiga-tiga parti (PAS, Umno dan PPBM) diwujudkan. Ia akan jadi kenyataan dalam masa terdekat,” katanya kepada FMT hari ini.

Ogos lalu, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), iaitu kerjasama antara Umno dan PAS.

Zahid beri bayangan PRU15 dalam masa terdekat

Tuan Ibrahim juga menolak dakwaan bahawa hubungan parti itu dengan sekutunya Umno semakin dingin selepas menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, kerjasama antara PAS-Umno terus berjalan sehingga ke peringkat akar umbi, termasuk pembentukan jawatankuasa (JK) bersama.

“Hubungan antara PAS dan Umno terus berjalan, bahkan pembentukan JK bersama kawasan dan bahagian terus diwujudkan. Tidak timbul isu PAS ketepikan Umno atau sebaliknya.

“PAS juga menjaga hubungan dengan PPBM dalam PN. Ini kerana kerajaan PN didokongi oleh ketiga tiga parti utama ini,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan bahawa PAS cuba meminggirkan Umno dan hubungan 2 parti itu ketika ini semakin renggang selepas menyertai PN.

Sebelum ini, setiausaha agung veteran Umno, Mustapha Yaakub mengakui hubungan parti itu dengan rakan sekutunya dalam MN, iaitu PAS, tidak seintim dulu dan semakin renggang sejak kebalakangan ini.

Tidak sesuai pilihan raya dalam masa terdekat – Dr. Noor Hisham

Mustapha berkata, perubahan itu berlaku apabila PAS mula mendapat tempat dalam kerajaan PN.

“Orang kata, kalau umpama orang yang baru kahwin, tidur tidak lagi berpelukan.

“Kita nampak dan kita sedar hubungan itu kini sedikit renggang, namun tidak ada pergeseran,” katanya lapor sebuah portal berita, namun mengakui hubungan antara 2 parti itu masih elok tanpa sebarang pertelingkahan serius.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker