[VIDEO] “Tu Baru Cubaan” – Tok Kadi Sempat Melawak Sebelum Akad Nikah.. Undang Ketawa Hadirin..😂
Alam perkahwinan adalah satu fasa yang baru buat diri anda dan pasangan. Dari situlah semua tanggungjawab bermula sebagai seorang suami dan isteri.
Untuk pengantin lelaki, waktu yang paling mendebarkan pastinya ialah akad nikah.
Ianya kerana bermacam kesilapan boleh terjadi sewaktu momen tersebut seperti tersalah sebut nama, gagap, atau salah menyebut jumlah mas kahwin.
Semuanya dilakukan untuk menghalalkan wanita yang dicintai itu. Waktu itu adalah saat yang paling dinanti-nantikan buat anda dan pasangan.
Seperti yang berlaku kepada seorang lelaki ini apabila tok kadi yang dilantik untuk menikahkannya mengusik bakal pengantin tersebut. Kemungkinan gurauan tersebut untuk menghilangkan rasa gementar si pengantin lelaki
Tok kadi baca lafaz ijab kabul laju-laju rupanya untuk percubaan
Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di TikTok, bakal pengantin lelaki itu telah bersedia untuk melafazkan akad tersebut.
Tetapi, tok kadi berkenaan sengaja memulakan lafaz ijab kabul nikah itu dengan begitu laju sekali.
Apa yang lebih melucukan, lelaki tersebut juga kelihatan tekun dengan mendengar lafaz yang dibuat oleh tok kadi tersebut walaupun ia dibacakan sangat laju.
Namun, secara tiba-tiba tok kadi memberitahu ianya adalah sekadar cubaan saja, sekali gus membuatkan tetamu yang hadir ketawa melihatnya.
Lelaki tersebut yang pada mulanya kelihatan begitu nervous juga turut ketawa kerana usikan daripada tok kadi itu.
Lihat video penuh ini di bawah:
[videopress aEWhuVqL]
Sementara itu, rata-rata netizen juga turut meninggalkan komen dengan pelbagai reaksi mengenai video tersebut
Image via @aisyazainal_ (TikTok)
Image via @aisyazainal_ (TikTok)
Image via @aisyazainal_ (TikTok)
Image via @aisyazainal_ (TikTok)
Selamat pegantin baru kepada yang bakal berkahwin dan semoga dipermudahkan segala urusan 🙂
Kredit: Says.com
You must be logged in to post a comment.