Tiada Sebab Belanjawan 2021 Ditolak – Tengku Zafrul

Share
Tiada sebab Belanjawan 2021 ditolak - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz optimis Belanjawan 2021 akan diterima kerana ia memberi fokus dalam membantu rakyat dan menjana semula ekonomi negara.

Menurut beliau, belanjawan yang dibentangkan pada Jumaat lalu adalah untuk memulihkan semula kedudukan ekonomi negara.

“Saya optimis belanjawan yang memberi fokus kepada rakyat dan menjana semula ekonomi negara ini akan diluluskan (di Dewan Rakyat).

“Kalau belanjawan ini dapat menolong negara, tiada sebab kita tolak,” katanya dalam sidang media di Wisma Bernama di sini pada Sabtu.

“Dari segi ekonomi, kita tidak dapat bayar komitmen kerajaan.

“(Dan) kalau tidak lulus (kita) tidak dapat bayar komitmen seperti gaji (penjawat awam) dan bantuan kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Belanjawan 2021 juga dilihat akan memberi kesan positif sebanyak 4 peratus kepada unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun hadapan.

“Prestasi Malaysia adalah lebih baik dirantau ini berbanding negara lain, malah negara maju juga mengalami penguncupan seperti di negara Eropah.

“Jika dibandingkan dengan negara-negara Asia Tenggara, prestasi kita adalah lebih baik,” katanya-AWANI

KDNK Malaysia berkembang 6.3 -7.5 peratus tahun depan – Tengku Zafrul

Leave a Reply