Didakwa ‘takut mati’, Dr Noor Hisham perincikan lawatan ke Sabah

Share

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkongsi semula muat naik lawatan beliau serta timbalannya, Datuk Dr Chong Chee Keong ke negeri Sabah.

Menerusi muat naik status di laman Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata, beliau sendiri turun ke padang untuk melihat kesiapsiagaan pasukannya di lapangan pada Ogos lalu.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3835076409849552&id=578835322140360

“Saya sempat melihat sendiri kesiapsiagaan makmal kesihatan awam Kota Kinabalu yang telah dipertingkatkan keupayaan makmal melaksanakan ujian RT-PCR kepada 2,500 ujian seharian.

“Saya juga sempat melibat urus dengan warga makmal dan petugas kesihatan di lapangan untuk memdengar sendiri segala isu dan cabaran terkini,” kongsinya di laman Facebook beliau pada Sabtu.

Di samping itu, Dr Noor Hisham berkata, beliau turut melaksanakan libat urus dengan semua ketua jabatan dan pakar perubatan dan kesihatan awam di Sabah secara sidang video.

Selain itu, bukan sahaja beliau, Dr Chong Chee Keong turut berkunjung ke Sabah baru-baru ini.

“Timbalan saya, Datuk Dr Chong Chee Keong turut turun padang melihat sendiri perkhidmatan kesihatan awam baru-baru ini.

“Beliau masih menjalani tempoh kuarantin 14 hari sejurus kembali dari negeri Sabah.

“Insya-Allah kita menggalas tanggungjawab bersama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dalam negara,” katanya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3835216056502254&id=578835322140360

Muat naik itu sekali gus menjawab dakwaan Ahli Parlimen Bintulu , Datuk Seri Tiong King Sing yang menyifatkan Dr Noor Hisham takut untuk ke Sabah memantau situasi jangkitan COVID-19 di negeri itu.

Ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 pada 11 November lalu, King Sing mengatakan Dr Noor Hisham ‘takut mati’ dan mempersoal mengapa beliau tidak turun padang selain hanya membuat sidang media setiap hari. Awani

Leave a Reply