Wajah saya Umno tapi jiwa Bersatu adalah fitnah jahat, kata Noraini · MYKMU.NET

Wajah saya Umno tapi jiwa Bersatu adalah fitnah jahat, kata Noraini

Share

Dakwaan beberapa pemimpin Umno cenderung menyokong parti lain yang dikatakan ‘berwajah Umno tapi berjiwa Bersatu’ adalah tidak benar sama sekali, kata Ketua Wanitanya Dr Noraini Ahmad.

“Dakwaan ini adalah fitnah dan sengaja disebarkan sebagai cara pihak tertentu untuk merosakkan kepercayaan serta keyakinan rakyat terhadap para pemimpin Umno termasuklah saya sedangkan jiwa saya tetap teguh kepada perjuangan Umno ‘bersatu, bersetia dan berkhidmat’,” katanya kepada Umno Online.

Noraini yang juga menteri pengajian tinggi kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menegaskan akan terus mendukung apa-apa keputusan dalam Umno.

Umno Online melaporkan maklum balas Noraini yang juga ahli parlimen Parit Sulong selepas tular grafik yang mendakwa dirinya tidak berjiwa Umno.

Selain Noraini, grafik itu turut memaparkan pemimpin Umno lain iaitu Annuar Musa, Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin.

Mereka didakwa sebagai penyokong kuat Muhyiddin atas beberapa sebab.

Noraini didakwa “selain dekat dengan presiden Bersatu, juga ada ‘contact’ dengan Azmin Ali dan percaya Azmin akan menjadi perdana menter selepas Muhyiddin.”

Grafik yang dikatakan palsu itu juga mendakwa Annuar yang juga setiausaha agung BN sebagai “terlalu pro kepada Muhyiddin,” manakala Khairy “bersama PN demi menyelamatkan” kerjaya politiknya. Mk

Leave a Reply