SilTerra – Khazanah Bakal Jual Kepentingan Dipengaruhi Campurtangan Tertentu?

SILTERRA – KHAZANAH CUBA JALAN MUDAH PENYELESAIAN KEMELUT KEWANGAN

Khazanah mempunyai saham terbesar di dalam SilTerra, maka ia mempunyai hak menentukan pihak mana yang dikehendaki mereka bagi menyelesaikan kemelut kewangan anak syarikat mereka walaupun tanpa mengira kepentingan nasional iaitu hak kepentingan negara kita. Walaupun kemelut kewangan SilTerra tidak
diselesaikan sejak 2 dekad yang lalu, namun kerajaan BN ketika itu sangat berhati-hati memilih pihak-pihak yang berminat samada dari luar negara mahupun dari syarikat tempatan. Yang pasti, kepentingan nasional didahulukan.

Khazanah Nasional

Semasa pemerintahan PH, di mana segala hal ehwal kewangan negara dikawal rapi oleh DAP, ada desas-desus pelaburan dari syarikat Taiwan diberi perhatian serius, namun PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan dan perundingan mereka telah tergantung. Tidak banyak dilaporkan mengenai rundingan ini seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan kerajaan PH.

Kini di bawah kerajaan PN, Khazanah sekali lagi membuka pelawaan membida pelupusan kewangan dan kali ini 2 syarikat tempatan iaitu Dagang Nexchange Berhad (Dnex) dan Green Packet. Ironinya, setelah tarikh pelawaan membida telah tamat, Khazanah diketahui telah membenarkan bidaan Foxconn dari Taiwan dan X-Tab dari Jerman.

SiTerra, Khazanah Nasional,

Bertambah pelik apabila PN masih berminat dengan pelaburan dari Green Packet yang masih di bawah siasatan SPRM di dalam perjanjian P1-Telekom. P1 adalah syarikat Green Packet yang telah mengalami kerugian.

Foxconn dari Taiwan pula bukanlah syarikat semikonduktor yang berkecimpung dalam pengeluaran cip tetapi mereka hanya akan mengambil peluang produk SilTerra dan dijual kepada pelanggan seperti Apple Inc.

X-Tab dari Jerman pula sememangnya telah mempunyai kilang pengeluaran di Sarawak dan bidaan dari X-FAB hanya dilihat sebagai satu pengembangan kilang mereka di semenanjung pula. Sekali gus X-Tab akan menambahkan lagi aset mereka.

Dagang Nexchange Berhad atau DNEX adalah syarikat tempatan yang bekerjasama dengan Beijing CGP Investment Co Ltd dalam membida SilTerra. Kerjasama ini telah membida sebanyak sekitar RM500 juta di mana ia termasuk mengadakan dana bagi membantu syarikat-syarikat tempatan, mengadakan program pembangunan produk E&E bagi pasaran dalam dan luar negara.

Persoalannya, apakah kerajaan PN akan meletakkan kepentingan negara terlebih dahulu atau lebih berminat dengan wang besar dari pelabur asing di mana akhirnya SilTerra akan menjadi milik orang lain? Sepertimana yang telah ditulis DS Najib Razak di Facebook, jika Khazanah yang kini dibawah PN memilih pelabur asing dengan wang besar yang mampu menghapuskan kepentingan negara, maka Malaysia bakal hilang dari industri teknologi semikondutor di
dunia.

Baru-baru ini, The Edge juga telah melaporkan di dalam tajuk “Has Khazanah applied to amend SilTerra’s local shareholding requirement?”

Apakah ia tidak benar SilTerra bakal dihapuskan kepentingan nasional apabila Khazanah kini sedang berusaha merubah klausa pegangan pelabur asing di MITI hanya apabila dua syarikat asing telah menunjukkan minat mereka? Inikah cara mudah Khazanah di bawah PN menyelesaikan masalah?

Tulisan – Mantra

Pihak kami tidak bertanggungjawab dengan semua komen berkaitan artikel.

Khazanah Nasional Menuju Kemusnahan

CAMPURTANGAN DALAM SILTERRA, SIAPA MAIN WAYANG?

SilTerra – Azmin, Guan Eng Dan Mahathir ‘Terciduk’ Dengan Cadangan Kereta Nasional 3.0

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker