Pertarungan McGregor, Pacquiao disifatkan `gila’

LONDON: Legenda UFC, Joe Rogan menyifatkan pertarungan antara Conor McGregor menentang Manny Pacquiao sebagai ‘gila’.

McGregor pada September lalu membuat pengumuman mengejut apabila sedang berbincang untuk berdepan Pacquaio di Timur Tengah.

Namun, atlet dari Ireland itu dijangka kembali ke UFC apabila bakal bertarung dengan Dustin Poirier dalam kategori lightweight.

McGregor kemudiannya mendedahkan dia akan menggunakan pertarungan itu untuk membantu persiapannya sebelum menentang Pacquiao.

Kehilangan Ayah, McGregor ucap takziah buat Khabib

Pengulas UFC dan raja podcast, Rogan bagaimanapun bimbang mengenai peluang McGregor menentang ikon Filipina itu.

“Mereka sedang bercakap mengenai pertarungan antara McGregor dan Pacquaio, yang saya lihat ia agak gila.”

“Anda bercakap mengenai salah seorang petinju terbaik sepanjang zaman menentang McGregor yang hanya berpengalaman bertinju dalam satu perlawanan secara profesional.”

Rogan merujuk kepada pertarungan lumayan pada 2017 yang membabitkan McGregor menentang Floyd Mayweather yang menyaksikan bintang UFC itu kecundang dalam 10 pusingan.

Meskipun bekas juara UFC itu memperaga aksi yang baik menentang Mayweather namun dia sama sekali tidak mampu mencabar legenda tinju Amerika Syarikat itu.

“Sebab mengapa perlawanan itu nampak sengit adalah kerana Mayweather banyak memberi peluang kepada McGregor.”

AGENSI

Khabib hanya raih pendapatan sepertiga daripada jumlah McGregor

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker