Najib Sanggah Mahathir, cadangan bawa bencana ekonomi negara dan tidak masuk akal

PETALING JAYA: Saranan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad supaya kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangguhkan atau membatalkan projek pembangunan supaya saiz Belanjawan 2020 dikurangkan akan memburukkan lagi keadaan ekonomi negara, kata Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau lebih tertumpu kepada kadar pertumbuhan pembentukan modal tetap kasar (PMTK) atau pelaburan dalam kilang baru, mesin baru atau premis perniagaan baru apabila laporan ekonomi dibentangkan.

Katanya, PMTK mengukur jumlah pelaburan modal tetap yang sudah direalisasikan bagi semua jenis pelabur , sama ada kerajaan, swasta, domestik atau asing.

Desakan BN hanya demi rakyat, Belanjawan 2021 akan dipinda

“Sejak PH mengambil alih kerajaan, PMTK semakin merosot dan menjadi negatif sejak awal tahun 2019 sehingga kini.

“Ini bermakna prestasi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), eksport bagi sektor pembuatan dan pekerjaan baru bagi tahun mendatang tidak begitu menyakinkan.

“Sebab itu, saranan PM4/7/7i (Mahathir) dalam perbahasan supaya kerajaan PN tangguh atau batalkan projek pembangunan supaya saiz Belanjawan 2020 dikurangkan langsung tak masuk akal,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Najib berkata, PMTK memainkan peranan paling signifikan dalam menjana pertumbuhan negara dan pekerjaan baru pada masa akan datang.

Katanya, pengurangan pelaburan menyebabkan kapasiti pengeluaran yang lebih rendah pada masa hadapan dan seterusnya memberi kesan kepada output potensi.

Gabenor Bank Negara tidak setuju, moratorium akan meningkatkan hutang

“Pada ketika pelabur domestik dan pelabur asing tidak melabur, PM4/7/7i juga mahu kerajaan hentikan pelaburan awam.

“Jika begitu, di mana akan datangnya sumber pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan baru bagi tahun ini dan tahun mendatang?” soalnya.

Beliau mengulas mengenai prestasi ekonomi Malaysia yang menguncup 2.7% pada suku ke-3 tahun ini, jauh lebih kecil daripada penguncupan 17.1% yang dicatat dalam tempoh April hingga Jun.

Ia sekali gus mencerminkan bahawa ekonomi negara dalam landasan pemulihan yang pantas.

Beliau berkata, faktor penyumbang terbesar ialah pemulihan dalam sektor penggunaan swasta, iaitu perbelanjaan rakyat dalam kitaran ekonomi.

Kepincangan belanjawan bukan isu politik, demi rakyat Anwar dan Najib senada

Najib ‘ajar’ bos KWSP kira-kira

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker