Kepincangan belanjawan bukan isu politik, demi rakyat Anwar dan Najib senada

Bekas perdana menteri Najib Razak senada dengan Bakal Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam mempertikaikan kepincangan Belanjawan 2021.

Menjelaskan lanjut, Syed Badli berkata, inilah sebabnya dia “menempelak” tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah yang meninggalkan Dewan Rakyat ketika Ahli Parlimen Pekan itu berbahas isu belanjawan.

“Najib mewakili rakyat di kawasannya. Beliau senada dengan ketua pembangkang, Anwar yang turut mempertikaikan kepincangan dalam belanjawan.

Perkukuh Muafakat Nasional, pertahan kerajaan PN, PAS senada dengan Umno

“Pada saya, walaupun ahli parlimen daripada PKR, jika gagal memahami kedudukan semasa politik hari ini, maka tetap gagal memahami sentimen rakyat.

“Kegagalan itu hanya akan menyusahkan rakyat,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Dua hari lalu, pemimpin Pemuda PKR itu menggelar Maria (gambar, bawah) sebagai “bebal” kerana meninggalkan Dewan ketika Najib Razak berbahas.

 

Syed Badli turut menggesa Maria yang juga bekas pengerusi Bersih 2.0 untuk meletakkan jawatan kerana tindakannya itu.

“Bebal apa laa YB seorang ni. Daripada kau walk out baik kau resign,” ciap Syed Badli di Twitternya.

Sementara itu, Syed Badli mencabar Maria supaya mengambil tindakan yang sama ketika bekas pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) berucap di parlimen.

Khususnya ketika ucapan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan bekas ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

“Saya cabar Maria untuk turut ‘walk out’ ketika Azmin, Zuraida, Muhyiddin dan semua pengkhianat berbahas,” katanya lagi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker