Mayat 2 kanak-kanak dihanyut arus deras di Keningau ditemui

Mayat 2 kanak-kanak dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Liawan, Keningau pada Selasa ditemui pasukan penyelamat bersama orang awam, petang ini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah malam ini, mayat Amber Lim Ze Yee, 4, ditemui 19 km dari lokasi mangsa hanyut pukul 2.15 petang ini, manakala mayat abangnya Jason Lim Ze Hao, 6, ditemui 21km dari lokasi hanyut pukul 3.25 petang ini.

Operasi disertai polis, Rela, Angkatan Pertahanan Awam dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta dibantu orang awam dan keluarga mangsa.



“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan. Operasi SAR (mencari dan menyelamat) tamat sepenuhnya petang ini,” kata kenyataan itu.

Dalam kejadian 12.08 tengah malam Selasa lepas (10 Nov), kedua-dua mangsa hilang selepas kenderaan pacuan 4 roda dinaiki bersama bapa mereka Lim Wan Shing, 38, dihanyutkan arus deras ketika melalui jambatan di sungai tersebut. Bernama

Dua beradik hilang di Keningau mungkin hanyut lebih jauh, kata bomba



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker