Pesara rugi angkara scammer menyamar jadi rakan

KUALA TERENGGANU – Seorang pesara kerajaan, berputih mata selepas kerugian RM9,000 akibat diperdaya pelaburan IMF tidak wujud yang diperkenalkan lelaki dikenalinya menerusi laman sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud berkata, lelaki berusia 64 tahun itu melakukan pemindahan wang berjumlah RM9,000 ke dalam akaun diberikan suspek yang mengaku sebagai rakan lamanya, Isnin lalu.

Beliau berkata, sebelum itu, mangsa dari Kampung Raja, Jerteh, Besut, ada menerima satu pesanan melalui aplikasi Facebook Messenger dihantar suspek yang memperkenalkan diri sebagai rakan mangsa iaitu ‘Datuk Rashid’.

“Seterusnya, mangsa diminta berhubung dengan seorang lelaki dikenali ‘ James Robert’ melalui Facebook Messenger untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung pelaburan ditawarkan itu.

“Kemudian, kira-kira jam 4.15 petang semalam, ‘James Robert’ meminta mangsa membuat pindahan wang sebanyak RM15,000 ke dalam akaun diberikan dengan alasan kononnya bayaran sijil penyertaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

M Zambri berkata, mangsa merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan mengambil keputusan menghubungi terus rakannya ‘Datuk Rashid’ untuk pengesahan bayaran yang dimaklumkan kepadanya.

“Tetapi mengejutkan mangsa, rakannya memberitahu yang dia tidak pernah menghubungi mangsa melalui aplikasi ‘Messenger’ selama ini serta tidak pernah menawarkan sebarang pelaburan kepadanya.

“Sedar dirinya ditipu sindiket, mangsa terus ke Balai Polis berhampiran membuat laporan untuk tindakan lanjut dan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. Sinar

Bapa maut dipercayai dibunuh anak selepas bergaduh di Ipoh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker