Mana dron pantau pencemaran sungai Selangor?

Dron tak bantu halang gangguan bekalan air

PEMBELIAN dron oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menangani isu pencemaran sungai yang menyebabkan gangguan bekalan air dilihat tidak berkesan.

Dron dengan peruntukan RM2 juta itu tidak menghalang gangguan bekalan air seperti makluman gangguan oleh Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini.

Dilaporkan empat loji rawatan air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas susulan pengesanan pencemaran sumber air mentah pada pukul 12.45 tengah hari tadi.

Pengesanan pencemaran dan henti tugas itu menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan tujuh wilayah dengan sejumlah 1,139,008 juta isi rumah.

“Sehingga jam 2:30 petang ini, pencemaran di Muka Sauk LRA Rantau panjang pada tahap 8 TON dan LRA SSP 1, 2 dan 3 pula pada tahap 4 TON.

“Bekalan air akan ditutup pada jam 6.00 petang. Senarai kawasan yang terlibat dengan gangguan ini.”

Lagi pencemaran bau di Sungai Selangor, harap MB segera pergi bau

Demikian kata Air Selangor dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan usaha mengatasi pencemaran itu sedang dijalankan.

Ia melibatkan proses ‘flushing’ bahan pencemaran dengan melepaskan air dari Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi sebanyak 300 juta liter dan 500 juta liter sehari.

“Dalam pada itu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 192 juta liter sehari untuk tujuan yang sama,” jelasnya. SM

Memadaikah guna dron pantau pencemaran sungai?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker