Memadaikah guna dron pantau pencemaran sungai?

Penggunaan dron bagi tujuan ketenteraan sememangnya menjadi suatu kebiasaan.

Namun, hari ini dron digunakan secara meluas dalam pengawasan, tinjauan trafik, operasi mencari dan menyelamat dan sektor pertanian.
Pada Isnin, Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan penggunaan perkhidmatan dron berteknologi tinggi bagi memantau sungai di negeri itu susulan insiden pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Bagaimanapun, timbulnya persoalan, adakah penggunaan dron sahaja cukup memadai untuk mencegah pencemaran air daripada berulang lagi?

Timbalan Presiden Persatuan IoT Malaysia, Datuk Sri Ganes Palaniapan berkata, penggunaan dron boleh menjadi salah satu penyelesaian kepada masalah berkenaan, tetapi bukannya jalan penyelesaian yang menyeluruh.

Hal ini kerana, katanya, penggunaan dron itu harus digabungkan dengan aplikasi dan juga alat pengesan bagi menjayakan usaha pemantauan pencemaran sumber air.

“Kami perlu gabungkan penggunaan dron dengan teknologi lain seperti penyelesaian IoT (Internet Of Things).

“Sebagai contoh, kami meletakkan alat pengesan di sepanjang sungai dari sesebuah bukit pada jarak yang tertentu dan setiap alat pengesan itu diberikan satu kod.

“Apabila terdapat sesuatu aktiviti yang dikesan, baru kami boleh menerbangkan dron untuk melihat kawasan yang terbabit,” katanya kepada Astro AWANI.

Tambahnya, peruntukan sebanyak RM2 juta yang diluluskan Kerajaan Negeri Selangor sekadar untuk menggunakan empat unit dron DJI Matrice 300 untuk mengambil air sampel adalah satu pembaziran.

Sebaliknya, beliau, mencadangkan supaya kerajaan negeri memberikan sebutharga (tender) kepada syarikat pengeluar dron tempatan untuk mencipta dron mengikut spesifikasi yang diperlukan.

“Kerajaan negeri boleh memberikan tender kepada syarikat pengeluar dron tempatan untuk menjadikan ia sebagai peluang kepada merka untuk berdaya saing dengan pengilang antarabangsa seperti DJI.

“Bakat tempatan juga boleh menghasilkan dron yang mempunyai ciri-ciri seperti dron DJI Matrice 300,” katanya.
Difahamkan anggaran nilai sebuah dron DJI Matrice 300 (tanpa muatan sensor, bateri dan stesen pengecas) di pasaran adalah sekitar ASD$10,000 (RM41,500).

Pada Isnin, Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi menggunakan perkhidmatan empat buah dron berteknologi tinggi bermula November depan sebagai langkah pencegahan dan meningkatkan kawalan pemantauan bagi mengesan punca pencemaran sungai lebih awal.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli, dan Hal Ehwal Selain Islam (HESI), Hee Loy Sian berkata, sebanyak dua dron ditempatkan di lembangan Sungai Langat manakala masing-masing satu di lembangan Sungai Klang dan Sungai Selangor.

Pengumuman tersebut dibuat susulan insiden pencemaran pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual.

Sejumlah 1,196,457 akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Lembah Klang terjejas. Awani

Polis buru ‘Boy Setan’ seludup dadah guna dron ke Singapura

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker