Covid-19 : 869 kes baru hari ini dengan 6 kematian

Share

Kementerian Kesihatan melaporkan 869 kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Dalam tempoh yang sama, 725 mangsa pulih dilaporkan.

Perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan sehingga kini 42,050 kes.

Sabah terus melaporkan angka kes tertinggi dengan 397 kes, diikuti Selangor.

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
10 Nov 2020
Kes sembuh=725
Jumlah kes sembuh=30,304 kes
Kes baharu positif=869
(kes import=1, kes tempatan=868)
Jumlah positif=42,050 kes
Kes kematian=6
Jumlah kes kematian=300 kes
Kes dirawat di ICU=82 kes
Bantuan Alat Pernafasan=27

Bagi menangani kesulitan ibu bapa yang perlu menjaga anak susulan sekolah ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kerajaan hari ini bersetuju memperluas arahan bekerja dari rumah membabitkan penjawat awam seluruh negara.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata sebelum ini arahan itu hanya tertakluk kepada penjawat awam di negeri-negeri yang dikenakan PKPB.

Berita lanjut menyusul

Leave a Reply