Pak Long Mail perjelaskan SOP di stesen minyak

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kekeliruan yang timbul berhubung keperluan mengimbas kod QS aplikasi MySejahtera di stesen minyak.

Ini selepas akhbar China Press semalam melaporkan seorang pelanggan stesen minyak didenda RM1,000 kerana tidak mengimbas kod MySejahtera.

Selain itu polis juga mengesahkan adalah wajib bagi pelanggan mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera ketika di stesen minyak.



Ini diikuti laporan sekurang-kurangnya dua media hari ini mengenai penjelasan dari pihak-pihak berkaitan mengenai perkara itu, yang mengatakan tidak wajib mengimbas kod QS MySejahtera ketika mengisi bahan bakar berkenaan.

Jangan ambil mudah peraturan stesen minyak

Berikut adalah prosedur operasi standard (SOP) ketika mengisi minyak seperti dijelaskan Ismail:



  • Bagi individu yang melakukan pembayaran atau transaksi dalam kedai di stesen minyak sama ada untuk membuat pembayaran petrol/ pembelian barangan/ mengeluarkan duit di ATM, perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera/ manual.
  • Bagi individu yang menggunakan surau dan tandas juga perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera/ manual.
  • Individu yang mengisi minyak di mesin pam dan membuat transaksi melalui kad kredit/debit/ aplikasi dalam talian tanpa perlu masuk ke kedai dalam stesen minyak, mereka tidak perlu mendaftar melalui aplikasi MY Sejahtera/ manual.
  • Individu yang membuat transaksi atau membayar melalui tingkap pigeon hole tanpa memasuki kedai stesen minyak, tidak perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera/ manual.
  • Individu yang mengisi angin tayar juga tidak perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera/ manual.
  • Bagi individu yang menghantar kenderaan ke bengkel di setesen minyak, mereka perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera/ manual.
  • Bagi individu yang menggunakan perkhidmatan cuci kereta secara manual, mereka perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera/ manual.
  • Manakala bagi individu yang menggunakan perkhidmatan cuci kereta secara automatik (auto car wash), mereka tidak perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera/ manual kecuali jika membuat pembayaran di dalam kedai stesen minyak.

Cara mudah buat sendiri kod QR MySejahtera untuk premis anda

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker