Jangan ambil mudah peraturan stesen minyak

SELEPAS peristiwa pemandu melecur di tangan dan muka akibat disambar api ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Serdang, Selangor pada Ogos lalu, muncul pula berita seorang wanita dilarikan kereta dipandunya ketika sedang mengisi minyak.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Mentakab, Pahang pada 28 September lepas itu menyebabkan mangsa kehilangan kereta selain cedera ringan akibat terjatuh kerana cuba mengejar penyamun.

Punca kejadian dilaporkan sama iaitu tidak mematikan enjin ketika mengisi minyak.

Ramai bersimpati dengan nasib kedua-duanya tapi tidak mampu berkata apa-apa kerana tragedi berpunca daripada kecuaian mereka sendiri.



Perkara tersebut mungkin boleh dielakkan sekiranya kedua-dua mangsa mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan ketika mengisi minyak.

Lagipun, peringatan mematikan enjin kenderaan ketika mengisi minyak itu bukan lagi baharu. Ia telah dikuatkuasakan berzaman sebelum kerajaan menubuhkan Petronas lagi.

Bagaimanapun, masih ada segelintir yang enggan mematuhinya malah mengambil ringan perkara tersebut sehingga menjadi kebiasaan setiap kali mengunjungi stesen minyak.

Eksklusif: Spesifikasi penuh Proton X50



Ia boleh dilihat dengan jelas berlaku di mana-mana stesen minyak seluruh negara. Sekurang-kurangnya sebuah sebuah kereta tidak dimatikan enjinnya ketika pemiliknya mengisi minyak.

Justeru, peri pentingnya mematikan enjin ketika mengisi minyak kerana akibatnya boleh mencederakan dan mengorbankan nyawa orang lain yang berada di stesen minyak.

Inisiatif tersebut bukan sahaja dapat mengelakkan kebakaran dan kehilangan kenderaan dipandu malah ia juga dapat mencegah daripada berlakunya kecurian seperti ragut dan sebagainya.



Maklum sahajalah, stesen minyak kini adalah kawasan kegemaran penjenayah mencari mangsa, terutamanya selepas jam 9 malam.

Diharapkan, tragedi tersebut dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua dan sama-samalah kita mula mengubah kebiasaan yang tidak baik menjadi lebih baik, sekali gus menggambarkan rakyat Malaysia sebagai warga yang berhemah dan patuh kepada peraturan keselamatan walaupun di mana sahaja berada.

Oleh yang demikian, pastikan enjin kenderaan dimatikan dan pintu dikunci sebelum mengisi minyak, pergi ke bilik air atau kedai serbaneka di stesen minyak.

Elakkan diri daripada menjadi mangsa kemalangan mahupun jenayah.



Syahir patut tegur Wan Fayhsal, bukan Asyraf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker