Syahir patut tegur Wan Fayhsal, bukan Asyraf

Teguran Syahir pada Asyraf tak kena tempat

Pada hemat saya, teguran Adinda Syahir Sulaiman (Setiausaha Politik Presiden PAS) itu tidak kena pada tempatnya. Luar daripada konteks dan maksud asal daripada apa yang berlaku.

Sepatutnya adinda Syahir perlu segera menegur YB Senator Wan Ahmad Fayhsal (selaku rakan ketua anak muda di dalam Perikatan Nasional) yang juga sebagai seorang timbalan menteri, yang terlebih dahulu mencurah minyak ke atas api yang sedang marak apabila membuat sindiran demi sindiran.

Pesanlah kepada beliau untuk jaga tutur kata dan bicara. Kebijaksanaan dan kematangan seorang pemimpin mida amat dituntut dalam mendamaikan kekalutan yang berlaku.

Bukannya membuat pernyataan memerli dan andaian buruk ke atas rakan. Kena pandai berpolitik menjaga hati orang yang sedang dalam berdukacita.

Keduanya adinda, Dr Asyraf tidak pernah mengungkit pun sebarang apa perkara di antara Umno dan PAS kerana kita semua telah bersama di dalam Muafakat Nasional. Jurang perbezaan dan perselisihan kita yang dulu telahpun kita buang jauh-jauh. Tidak timbul pun ungkitan oleh Umno terhadap PAS.

Jadi bagi saya, tidak perlulah adinda Syahir membuat telahan sedemikian kepada Dr Asyraf yang tentunya tiada langsung niat mengaitkan sejarah PAS yang lalu.

Malah, kami bersyukur kerana genap setahun ulangtahun Piagam Muafakat Nasional yang telah kita semua meterai bersama dengan keihklasan linangan air mata.

Saya yakin adinda lebih arif tentang perihal politik yang berlaku seminggu dua ini.

Musuh sedang memerhatikan kita untuk berpecah. Musuh ada di dalam dan juga di luar. Sama-sama lah kita waspada demi keutuhan Islam, bangsa Melayu dan tanah air kita.

Rakyat memerhatikan keihlasan dan kebijaksanaan berpolitik kita semua selaku pemimpin muda di dalam Umno dan PAS sebagai harapan akhir untuk menyelamatkan negara ini daripada agenda sulit DAP.

Bila menyanyi, kena dengan lagunya.
Bila bersyair, kena dengan iramanya.
Muafakat Nasional dambaan semua.
Marilah kita perkasakan bersama.

NOOR HARIRI MOHAMED NOOR merupakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan.

Wan Fayhsal jangan melampau – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker