Donald Trump termasuk 10 Presiden AS kalah dalam pemilihan semula

Donald Trumph,Jimmy Cater, George HW Bush, Herbert Hoover, John Quincy Adam, Martin Van Buren, Benjamin Harrison, John Adams, William H Taft, Grover Cleveland adalah sepuluh Presiden AS kalah dalam pemilihan semula

 

WASHINGTON – Kekalahan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kepada bekas Naib Presiden AS, Joe Biden daripada parti Demokrat menyebabkan beliau kini disenaraikan sebagai Presiden negara itu yang tewas dalam usaha untuk mengekalkan kuasa buat kali kedua.

Sejak Perang Dunia Kedua, dua Presiden negara itu yang kalah dalam usaha untuk mengekalkan tempoh pemerintahan buat kali kedua iaitu Presiden AS kali ke-39, Jimmy Carter dan Presiden AS kali ke-41, George HW Bush.

Dalam keputusan yang dilaporkan media AS pada pagi Sabtu lalu, Biden,77, berjaya memperoleh 290 undi elektoral selepas memenangi 20 undi elektoral di negeri Pennsylvania dan tambahan enam lagi undi di Nevada.

Ia sekali gus menewaskan Trump daripada parti Republikan, 74, yang mendapat 214 undi elektoral ketika pengiraan undi masih berjalan di dua buah negeri lain di AS.

Seseorang calon Presiden AS perlu memenangi 270 undi daripada 538 undi elektoral untuk menjadi Presiden negara itu.

Menurut laporan AFP, Trump tidak pernah melepasi rating 50 peratus sokongan daripada rakyat AS berhubung pemerintahannya dengan tentangan terhadap caranya mengendalikan pandemik koronavirus (Covid-19).

Bush berjaya mendapat hampir 90 peratus sokongan ketika beliau mengetuai Perang Teluk bagi membebaskan Kuwait daripada taklukan Iraq pada tahun 1991.

“Will you shut up, man?” – Joe Biden bidas Donald Trump [Video]

Seorang profesor sejarah politik di Universiti George Washington, Matt Dallek berkata, Carter dan Bush juga didapati gagal untuk menyatukan anggota parti masing-masing semasa mereka menjadi Presiden.

Carter ialah ahli parti Demokrat manakala Bush pula parti Republikan, manakala ketika Trump kalah dalam pilihan raya tetapi kedudukannya masih dominan dalam partinya, terdapat dakwaan yang menyatakan beliau kemungkinan akan berusaha untuk bertanding semula pada pilihan raya Presiden AS pada tahun 2024.

Perlembagaan AS membenarkan seseorang Presiden negara itu memerintah selama dua penggal dengan satu penggal melibatkan tempoh selama empat tahun.

Seorang lagi Presiden AS yang kalah dalam pemilihan semula ialah Grover Cleveland daripada parti Demokrat sebelum Perang Dunia Kedua berlangsung dan beliau yang sudah menjadi Presiden AS kali ke-22, kalah tipis untuk menjadi Presiden AS kali-23.

Bagaimanapun, beliau akhirnya berjaya menjadi Presiden AS kali ke-24 selepas kembali bertanding dalam pilihan raya Presiden negara itu.Orang ramai berkumpul di jalanan di Times Square, New York untuk mendengar ucapan Biden.

Enam lagi Presiden AS yang kalah dalam pilihan raya AS bagi mengekalkan penggal kedua pemerintahan ialah John Adams, John Quincy Adams, Martin Van Buren, Benjamin Harrison, William H Taft dan Herbert Hoover.

Kesemua Presiden AS itu menang pada kali pertama mereka bertanding dalam pilihan raya Presiden negara itu tetapi kalah buat kali kedua dalam pilihan raya Presiden.Bagaimanapun, ia tidak termasuk Presiden AS ke-38 iaitu Gerald R Ford yang tewas kepada Carter pada pilihan raya Presiden negara itu.

Ini kerana Ford tidak dipilih pengundi bagi menjadi Presiden tetapi menggantikan Richard Nixon daripada parti Republikan yang meletakkan jawatan pada tahun 1974 kerana skandal mengintip perbualan di pejabat Demokrat dan mencuri beberapa dokumen parti itu. – Agensi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker