Warganet kecam Lau atas ciapan ‘tak sensitif’ selepas kematian Salahuddin

Dalam ciapannya yang kini telah dipadam, presiden Gerakan itu bertanya sama ada beliau patut bertanding pada PRK Pulai, kurang 24 jam selepas kematian penyandangnya, Salahuddin Ayub.

Warganet kecam Lau atas ciapan ‘tak sensitif’ selepas kematian Salahuddin

Warganet mengecam Presiden Gerakan Dominic Lau atas ciapannya yang dikatakan tidak sensitif susulan kematian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub.

Salahuddin juga merupakan Ahli Parlimen Pulai dan Adun Simpang Jeram.

Lau didakwa menghantar ciapan di Twitter: “Kalau saya tanding PRK Pulai OK tak?”

Pengguna media sosial pantas mengecam senator itu atas ciapan tersebut, yang kini telah dipadam.

Warganet menuduh timbalan pengerusi Perikatan Nasional itu tidak sensitif apabila menghantar ciapan tersebut, dengan @dochelmy menyifatkan tindakan Lau itu “menjelikkan”, sedangkan belum 24 jam pun berlalu selepas Salahuddin meninggal dunia.

Sementara itu, @JustinTWJ dalam ciapannya berkata, sikap Lau itu sesuai dengan “nama sebenar” parti itu, “Gelakan”.

“Presiden parti badut,” katanya, mengejek.

Seorang lagi pengguna, @bumilangit, menyiarkan tangkapan skrin ciapan Lau yang telah dipadam, dengan berkata: “Kau ingat kau padam masalah boleh selesai ke?” FMT

Warganet kecam Lau atas ciapan ‘tak sensitif’ selepas kematian Salahuddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal

Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35

Berani Buat Tahi – Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel

Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker