Video CEO anak syarikat TH guna kata-kata kesat, lucah mengambarkan peribadi beliau bukan syarikat – Timbalan Menteri Agama

Terkini di My KMU !!!!---->
YB Ahmad Marzuk bin Shaary

KOTA BHARU : Tindakan pemimpin tertinggi sebuah anak syarikat Tabung Haji (TH) mengeluarkan kata-kata kurang sopan seperti yang dipaparkan dalam video yang kini tular, tidak mewakili imej sebenar syarikat itu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary.

Sebaliknya kata beliau, tindakan itu adalah kesalahan peribadi individu berkenaan.

Individu terbabit juga sudah memohon maaf, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Berkhatan Peringkat Pengkalan Chepa, di Dewan Pusat Asuhan Tunas Islam di Pengkalan Chepa, dekat sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, ada keperluan untuk isu tersebut disiasat bagi mengenal pasti dalang di sebalik kebocoran rakaman video itu.

“Mesyuarat itu sebenarnya adalah tertutup dan kita tidak tahu bagaimana ia boleh bocor… Barangkali ada perkara perlu dilakukan siasatan secara menyeluruh dan komprehensif daripada aspek pentadbiran,” katanya.

Baru-baru ini tular satu video berdurasi hampir tiga minit menerusi media sosial yang memaparkan Ketua Pegawai Eksekutif TH Properties Sdn Bhd Damanhuri Mahmod mengeluarkan kata-kata kurang sopan dalam satu mesyuarat yang dipercayai melibatkan kakitangan pentadbiran syarikat hartanah berkenaan.

Leave a Reply