“Will you shut up, man?” – Joe Biden bidas Donald Trump [Video]

“Will you shut up, man?” kata calon Demokrat, Joe Biden kepada Donald Trump ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) itu mencelah dan menganggunya ketika debat Presiden AS pusingan pertama, pada Selasa.

“Saya tidak mahu bertanya, sebab persoalan di sini adalah.. persoalannya adalah.. persoalannya adalah… will you shut up, man? kata Biden selepas bahasnya diganggu beberapa kali.

Untuk meredakan keadaan, moderator Chris Wallace lantas menamatkan segmen tersebut bagi memberi laluan kepada soalan-soalan lain.

“Ia adalah segmen yang sangat produktif, bukan ke begitu?” balas Biden dengan nada sindir.

Terdahulu, Wallace dilihat mengecam Trump yang kerap mengganggu dan menyampuk ketika Biden berbahas.

“Tuan Presiden, tolong berhenti. Negara akan lebih baik jika kita biarkan kedua-dua berucap dengan tanpa sedikit gangguan. Saya memohon kepada anda, tuan, untuk berbuat sedemikian,” kata Wallace.

Dalam pada itu Biden menyifatkan Trump sebagai Presiden yang terburuk dalam sejarah AS.

Beliau turut menggelar Presiden itu sebagai rasis yang menggunakan pelbagai keadah politik untuk mencetuskan kebencian dan perpecahan kaum
“Semua strategi politik mengenai perkauman sudah tidak sesuai lagi. Ini bukan tahun 1950,” kata Biden.

Kedua-dua pemimpin itu akan berada di pentas debat pada pusingan seterusnya pada 15 dan 22 Oktober ini.

Pada awal debat itu, kedua-dua calon itu tidak bersalaman, sebagai mematuhi protokol mengenai penjarakan sosial kerana penularan COVID-19. Awani

Trump lashes out at Michelle Obama after convention takedown

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker