Ahli perniagaan didakwa bunuh jurutera tapak

SEPANG: Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pagi ini atas tuduhan membunuh seorang jurutera tapak, pada 28 Oktober lalu.

P Vijayan, 42, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membunuh K Seri Ganis Kanapathy Pillay, 42, di kawasan bersebelahan Jalan Airport City 2, Airport Business Centre Kota Warisan, di sini, antara jam 2.38 hingga 4.50 pagi, pada 28 Oktober lalu.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum mati mandatori.



Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya, sebaliknya Vijayan hanya menjawab faham apabila ditanya jurubahasa.

Pasangan kekasih ditahan kes campak bayi dari tingkat 13 pangsapuri

Timbalan Pendakwa Raya, Nasharina Nazlan memohon mahkamah memberikan tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan forensik dan DNA.



Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman kemudian menetapkan tarikh sebutan semula pada 8 Februari tahun depan.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum mati mandatori.

Aktivis C4 ditahan berkait catatan FB tentang mural pemimpin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker