4 pengarah syarikat akan didakwa cemar Sungai Kundang

Shah Alam: Empat pengarah syarikat dan lapan pekerja didakwa di Mahkamah Selayang, pagi hari ini susulan kes pencemaran air di Sungai Kundang baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, kertas siasatan berhubung kes terbabit sudah dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri.

“Pengarah Pendakwaan Negeri mengarahkan pertuduhan terhadap empat orang pengarah syarikat terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan mengikut Seksyen 25(1) Akta Kawalan Alam Sekeliling 1974.



Sanggup tikam kakak sendiri

“Keempat-empat pengarah syarikat juga akan didakwa mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 kerana menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah.

“Sementara itu, lapan lelaki Myanmar akan didakwa mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63 kerana melanggar syarat pas atau permit kerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Fadzil berkata, pertuduhan pagi ini adalah kes yang ketiga yang didakwa oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor sejak September lalu.

“Tindakan siasatan dan pertuduhan akan terus diambil bagi memastikan individu yang ingkar dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

AIR Selangor: Polis terima laporan pencemaran di Sungai Kundang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker