Selepas kalah Trump memilih untuk bermain golf

Trump kekal ‘tenang’ meneruskan rutinnya bermain golf walaupun sebalik kekalahan kepada Joe Biden.

Di sebalik kekalahan kepada Joe Biden, Presiden Donald Trump kekal ‘tenang’ meneruskan rutinnya bermain golf.

Ia merupakan hari kedua berturut-turut Trump bermain golf di Trump National Golf Club di Sterling, Virginia.

Semasa beredar dari kelab golf itu, Trump kelihatan ceria dan sempat melambai serta menunjukkan isyarat ‘bagus’ kepada penyokongnya.
Beliau kemudian dilihat memasuki semula White House.



Berbaki lebih sebulan lagi sebelum penggalnya sebagai Presiden Amerika Syarikat tamat, Trump masih belum mengaku kalah dan akan terus mencabar keputusan kemenangan Biden.

Pada Ahad, Peguam Trump, Rudy Giuliani tegaskan akan meneruskan tindakan undang-undang mencabar keputusan berkenaan.

Biden menang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat ke-46 dengan memperolehi 284 undi elektoral manakala Trump hanya meraih 214 undi elektoral.

Kem Donald Trump bagaimanapun enggan terima keputusan pilihan raya kali ini. Peguam Trump, Rudy Giuliani tegaskan akan meneruskan tindakan undang-undang mencabar keputusan berkenaan.



Kemenangan calon Demokrat, Joe Biden, sebagai presiden baharu Amerika Syarikat disambut baik oleh rakyat negara itu.
Mereka membanjiri jalan raya untuk meraikan kemenangan tersebut yang menyaksikan Biden melepasi ambang 270 undi minimum yang diperlukan untuk menang secara keseluruhannya. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker