Dalam kenanagan : Penjaga Hagia Sophia pergi selamanya

PENCINTA kucing tentunya sedang bersedih dengan berita kematian Gli, kucing ‘penjaga’ Hagia Sophia di Istanbul.

Tetapi Gli, 16 tahun, pergi selepas menjalani kehidupan yang penuh warna-warni, malah ia sangat disayangi, baik mereka yang pernah melawat Hagia Sophia dan bertemunya, atau pun mereka yang hanya memerhati dan mengagumi dari jauh.


Mari kita imbas kisah Gli yang pernah mencuri hati kita semua.

1. Gli dilahirkan pada 2004. Ibunya, Sofi, juga penghuni Hagia Sophia.



2. Gli dilahirkan tiga beradik, iaitu Pati (jantan) dan Kizim (betina).

3. Nama Gli pada mulanya ialah Gri (bermaksud kelabu, atau Grey dalam bahasa Inggeris). Nama itu diberikan oleh salah seorang pekerja yang bertugas di Hagia Sophia.

4. Nama itu kemudiannya berubah menjadi Gli, bermaksud penyatuan kasih sayang.



5. Gli hanya pernah melahirkan seekor anak. Namun, anaknya mati selepas dilanggar bas pelancong.

6. Gli mula popular di seluruh dunia selepas ia difoto bersama bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dan Presiden Turki, Tayyip Erdogan.

7. Gli mula jatuh sakit dan dirawat di sebuah klinik haiwan di Istanbul sejak hujung September lalu.

8. Gli menghembuskan nafas terakhir jam 8 malam Sabtu, kerana sakit tua.



Solat Jumaat pertama di Hagia Sophia hari ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker