Wan Fayhsal pertahan kenyataan bank hapuskan hutang B40 · MYKMU.NET

Wan Fayhsal pertahan kenyataan bank hapuskan hutang B40

Share

Pengampunan hutang B40 bukan omong kosong.

PENGAMPUNAN hutang atau debt jubilee bukan sekadar omong kosong. Ketua Pemuda PPBM, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pihaknya membangkitkan cadangan itu bukan untuk syok sendiri.

Sebaliknya jelas beliau, ‘debt jubilee’ sebagai penyelamat rakyat di tengah-tengah badai wabak Covid-19 dibincangkan dalam banyak media terkenal seperti Financial Times dan Washington Post.

Tegasnya, masyarakat perlu memerlukan penyelesaian radikal kerana cabaran yang dihadapai ketika ini adalah maha besar dan paling besar sejak Perang Dunia Kedua.

“Ini bukan omongan kosong. Ini fakta. Perang Dunia Kedua menyaksikan “global reset” ke atas sistem kapitalisme moden, maka kali ini selepas hampir satu abad, sudah tiba masanya kita fikirkan “reset” yang baru.

“Kalau dulu boleh ada Bretton Woods, Marshall Plan untuk selamatkan nyawa dan kehidupan rakyat khususnya di Barat, mengapa kita di Timur khususnya negara sedang membangun tidak boleh memikirkan untung nasib kita sendiri? SM

Wan Fayhsal timbalan menteri yang tiada kualiti

Leave a Reply