Helikopter terhempas : Arwah dalam beg, tak bagi tengok · MYKMU.NET

Helikopter terhempas : Arwah dalam beg, tak bagi tengok

Share

Waris mangsa nahas helikopter yang hadir di bilik jenazah Hospital Canselor Tuanku Muhriz tidak dibenarkan membuat pengecaman mayat berikutan terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Keluarga mangsa hadir jam 4.40 petang tadi selepas jenazah yang dibawa menggunakan trak polis tiba di hospital berkenaan pada 4.23 petang.

Ahli keluarga mangsa hanya dibenarkan masuk ke bilik jenazah berkenaan namun tidak dibenar melakukan proses pengecaman.

Dr Mohd Izani Mohamed Rawi, 48, abang sulung kepada arwah Mohd Irfan Fikri, 44, memaklumkan dia diberitahu untuk menunggu keputusan Covid-19 terlebih dahulu dan selepas itu baru proses bedah siasat diteruskan.

“(Arwah) Dalam beg, tak bagi tengok. Tiada siapa boleh tengok jenazah lagi.

“Apabila dapat keputusan (Covid-19) baru boleh teruskan dengan bedah siasat atau sebagainya. Tetapi kalau positif Kementerian Kesihatan ambil (jenazah) terus.

“(Keputusan Covid-19) Secepatnya esok. Mungkin cepat mungkin lambat. Kita tunggu mereka (pihak hospital) hubungi,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Wan Nani Bazlin (dari kiri) isteri kepada mangsa Mohd Irfan Mohamed Rawi yang maut terlibat dalam kejadian sebuah helikopter terhempas. FOTO Aswadi Alias
Wan Nani Bazlin (dari kiri) isteri kepada mangsa Mohd Irfan Mohamed Rawi yang maut terlibat dalam kejadian sebuah helikopter terhempas. FOTO Aswadi Alias
Usaha media untuk mendapatkan respons isteri arwah Mohd Irfan dikenali sebagai Wan Nani Bazlin turut gagal apabila beliau dan beberapa individu lantas memasuki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna putih sejurus keluar dari bilik jenazah, lalu beredar dari tempat kejadian.

Mohd Izani berkata, isteri arwah tidak bercakap apa-apa dan cuma menangis.

Selain itu, media juga gagal mendapatkan maklum balas daripada keluarga arwah Mohd Sabri Baharom yang maut dalam insiden sama. HM

[VIDEO] Helikopter terhempas berhampiran Taman Melawati (Kemaskini)

Leave a Reply