Sudah Nampakkah Anda Siapa Ts Muhyiddin Yassin?

Share

 

Ketika menjadi Timbalan kepada DS Najib, ada yang menjangkakan bahawa beliau adalah pemimpin yang sebenarnya. Ramai yang berkata bahawa beliau berjuang menentang bossnya DS Najib kerana DS Najib menyeleweng wang rakyat.

Rakyat mula percaya dengan kata-kata Muhyiddin. Ada juga pemimpin UMNO dan parti lain dalam BN berkempen menjatuhkan Najib.

Najib menjadi semakin rimas dengan tingkah laku Muhyiddin apabila Muhyiddin semakin berani mengumpul dan menghasut para pemimpin UMNO supaya membenci Najib. Sudahnya Najib menyingkirkan Muhyiddin dari jawatan TPM dan keahlian UMNO.

Try.. try.. You Bukak Baju! You Polis Mana?! [Video]

 

Penyingkiran Muhyiddin disambut Tun Mahathir. Bagi Mahathir, kehadiran Muhyiddin, kecil tapak tangan, nyiru dia tadahkan.

Kita tahu bahawa matlamat penubuhan parti Bersatu atau PPBM adalah untuk menguburkan UMNO. Apabila Muhyiddin menyertai Bersatu, samada beliau suka atau tidak, Muhyiddin perlu menzahirkan kebenciannya pada UMNO. Lantas keluarlah dari mulutnya kata-kata hinaan dan cercaan yang tidak terkawal terhadap parti yang berpuluh tahun mendukung dan melonjakkannya di persada politik.

Rakyat mula merasa musykil. Perlakuan dan kata-kata Muhyiddin menjadi tanda tanya dan mula dipertikaikan. Jika benar Muhyiddin bermusuhan dengan Najib, kenapa pula parti UMNO yang dicaci dan disasarnya? Kenapa pula UMNO mahu dikuburkannya?

Tiada siapa pernah menjangkakan bahawa Muhyiddin akan dilantik sebagai Perdana Menteri apabila Mahathir meletakkan jawatan. Pakatan Harapan menolak perlantikan itu. Mahu tidak mahu, YDP Agong menasihati UMNO dan PAS menyokongnya.

Sokongan UMNO dan PAS membolehkan Muhyiddin menjadi PM. Muhyiddin membawa serpihan dari parti Bersatu menyertainya dan rata-rata yang menyertainya dari Bersatu itu adalah ‘katak-katak’ yang asalnya dari UMNO.

Ramai yang menjangkakan bahawa Muhyiddin akan insaf dan kembali sedar. Mereka mengharapkan agar Muhyiddin dapat membezakan mana kaca mana permata, kembali sedar siapa kawan dan siapa lawan.

Akar umbi juga begitu mengharapkan agar Muhyiddin sedia bertemu Najib untuk memohon maaf di atas segala fitnah yang ditaburkan terhadap Najib. Ahli UMNO juga mahu Muhyiddin meminta maaf di atas kata-kata penhinaannya terhadap UMNO.

UMNO sudah memberi ‘nyawa’ kepada Muhyiddin namun ianya tidak ubah seperti melepaskan anjing tersepit. UMNO tidak pernah menjangka bahawa Muhyiddin sangat licik.

Muhyiddin masih dengan perencanaannya untuk membenamkan UMNO. Azmin Ali belaan Mahathir juga sentiasa ada di sisi Muhyiddin sebagai ‘tuan penasihat’. Rupanya Muhyiddin dan Azmin ada agenda menelan UMNO. Muhyiddin dan Azmin memanipulasikan segala ruang, peluang dan kuasa yang diamanahkan.

Ramai yang berkata mana mungkin ular lidi menekan ular sawa? Mana tergamak Muhyiddin menguburkan UMNO? Jika benar Muhyiddin mahu menguburkan UMNO, apa buktinya?

Jawapannya ada pada tulisan saya di bahagian kedua nanti.

Try.. try.. You Bukak Baju! You Polis Mana?! [Video]

3 thoughts on “Sudah Nampakkah Anda Siapa Ts Muhyiddin Yassin?

  • November 9, 2020 at 17:33
    Permalink

    Sipenulias mgkin org kuat najib atau org kuat pkr – ph,sbb tu dia kata mcm dkt tsmy,sipenulis ni geng gila kuasa

    Reply

Leave a Reply