Rentas negeri: Ibu bapa perlu dapatkan surat kebenaran · MYKMU.NET

Rentas negeri: Ibu bapa perlu dapatkan surat kebenaran

Share

Ibu bapa disaran mendapatkan surat kebenaran dari pihak sekolah bagi tujuan merentas negeri untuk mengambil anak mereka di sekolah berasrama penuh dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, berkata kaedah ini sebagaimana yang telah dilaksanakan sebelum ini bagi penutupan sekolah asrama di kawasan zon merah.

“Ibu bapa perlu mendapatkan surat dari pihak sekolah untuk jelaskan keperluan merentas negeri untuk bawa anak mereka pulang dari asrama.

“Ini telah dibincang dan dilaksanakan selama ini ketika ada sekolah asrama di tutup di kawasan zon merah, insya-Allah, ia dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya pada sidang media, hari ini. BH

Polis tubuh pasukan khas kesan individu rentas negeri tanpa kebenaran, kata KPN

Leave a Reply