Polis tubuh pasukan khas kesan individu rentas negeri tanpa kebenaran, kata KPN

Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador

Polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan individu yang melakukan pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran untuk menyambut Aidilfitri.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, pasukan khas yang turut dianggotai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu ditugaskan untuk melakukan pemantauan di kawasan perumahan dan kampung di seluruh negara.

“Arahan dikeluarkan kepada semua ketua polis negeri untuk mengambil tindakan (pemantauan di seluruh negara).

“Polis ada rekod siapa yang mendapat kebenaran rentas negeri dan siapa tidak,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Hamid berkata, orang ramai yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri perlu mempunyai alasan munasabah serta mendapat kebenaran pihak polis terlebih dahulu.

“(Pergerakan rentas negeri) boleh dilakukan, tetapi perlu ada alasan yang wajar serta mendapat permit polis,” katanya.

Semalam Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata, sebanyak 1,175 kenderaan dikesan cuba merentas negeri pada Sabtu diarah berpatah balik.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya melupakan hasrat merentas negeri untuk balik kampung kerana ia menyusahkan diri sendiri apabila diarahkan berpatah balik.

Sebelum ini, Ismail berkata, tindakan kompaun boleh dikenakan oleh polis ke atas individu yang ditahan kerana merentas sempadan negeri tanpa kebenaran.

Pada 3 Mei, beliau berkata orang ramai boleh membuat laporan polis jika terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Beliau berkata, tindakan itu dapat membantu kerajaan memastikan arahan dan SOP yang dikeluarkan dipatuhi.

FMT

Pergerakan Rentas Negeri Selepas 10 Mei Perlu Kebenaran Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker