Akhirnya… Safawi tersenarai untuk bermain

“Alhamdulillah dah tersenarai”. Itu nada kegembiraan dan kesyukuran daripada bintang bola sepak negara, Safawi Rasid apabila mengesahkan namanya tersenarai dalam barisan Portimonense SC menentang FC Porto, awal pagi Isnin.

Safawi, 23, yang kini dalam perjalanan ke gelanggang keramat FC Porto iaitu Stadium Dragao sekali gus berpeluang untuk diturunkan buat pertama kali dalam saingan Liga Primeira Portugal.

Ia juga, bakal menyaksikan pemain skuad Harimau Malaya itu mencipta sejarah sebagai tonggak kedua beraksi di liga utama Eropah selepas dilakukan oleh Luqman Hakim Shamsudin bersama KV Kortrijk di Belgium.

“Bagi saya gembira dapat serta pasukan ke Porto, Insya Allah jika dapat peluang bermain, Insya Allah saya bagi yang terbaik,” katanya ketika dihubungi.



Ujarnya lagi, sama ada akan diturunkan atau tidak, ia terpulang kepada jurulatih untuk menentukannya.

“Alhamdulillah dah tersenarai untuk ke Porto. Main tak main itu keputusan dari jurulatih. Sudah tentu akan main seperti biasa (kalau diturunkan), kita buat yang terbaik,” katanya yang dipinjamkan selama semusim oleh Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sebelum ini, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu terlepas tiga aksi sejak tiba di bumi Portugal pada 3 Oktober lalu.

Dia sebelum ini tidak diturunkan dalam pertemuan menentang Maritimo pada 17 Oktober diikuti berdepan Tondela dan Santa Clara minggu lalu.



Sebaliknya, Safawi hanya beraksi buat skuad bawah 23 (B-23) Portimonense SC pada 16 Oktober lalu apabila bertemu Sporting CP yang berakhir dengan kekecewaan selepas tumbang 3-1 dalam perlawanan Liga Revelacao B-23.

Sebelum berhijrah ke Eropah, pemain sayap itu adalah watak penting yang membantu JDT menjulang Liga Super ketujuh berturut-turut, malah dinobat sebagai Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia selama dua musim.

Safawi kini ‘Bintang’ paling mahal



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker