Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut, motosikal rempuh lori sehingga terbakar

Share

KEMAMAN: Seorang pegawai Jabatan Penerangan maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit.

Nahas berlaku di kilometer 15 Jalan Mak Lagam-Bandar Baru Cheneh, berhampiran dengan Bukit Jemalang, di sini, pada Sabtu.

Kemalangan kira-kira jam 12.00 tengah hari mengakibatkan mangsa Zoraimi Izan, 48, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Mangsa yang bekerja sebagai juru audio visual di Pejabat Penerangan Daerah Kemaman dikatakan berkonvoi bersama enam lagi rakannya dari arah Kemaman menuju ke arah Kuantan.

Sejurus tiba di lokasi kejadian motosikal jenis Kawasaki Z800 yang ditungganginya dikatakan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu melanggar bahagian hadapan lori terbabit.

Ekoran perlanggaran tersebut motosikal mangsa dipercayai terbakar dan api dikatakan turut menyambar lori terbabit sehingga menyebabkan lori musnah sepenuhnya.

Seramai tiga belas anggota bomba termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai dikejarkan ke lokasi kejadian dan mengambil masa selama 10 minit bagi memadamkan kebakaran.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan, APJ 1987. Awani

Abang rempuh polis berang adik ditahan

Leave a Reply