Pegawai bomba maut jatuh motosikal

Ipoh: Pegawai bomba meninggal dunia selepas terjatuh daripada motosikal ditunggangnya di Jalan Tanjung Bakti, Tanjung Rambutan di sini, hari ini.

Mayat Penolong Penguasa Bomba Ahmad Fadzillah Tahir, 59, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Selangor ditemui orang awam pada 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata, ketika kejadian mangsa yang beralamat di Kampung Tersusun Batu 8, Ulu Kinta, di sini dalam perjalanan pulang ke rumah dari kebun.

“Ketika menunggang motosikal, mangsa dikatakan jatuh dan meninggal dunia di lokasi, namun tiada kerosakan ditemui pada motosikal jenis Modenas Kriss itu.

“Temubual dengan kakak arwah mendapati, mangsa mempunyai penyakit jantung dan darah tinggi.

“Arwah juga dimaklumkan pulang ke kampung dan meninjau kebun diusahakan di Tanjung Rambutan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

A Asmadi berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, untuk dibedah siasat.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Anggota bomba maut motosikal terbabas di lebuh raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker