Safawi kini ‘Bintang’ paling mahal

Kuala Lumpur: Bintang bola sepak negara, Safawi Rasid kini pemegang status pemain paling mahal di Malaysia apabila dianggarkan menerima gaji sekitar AS$15,000 hingga AS$25,000 sebulan iaitu bersamaan RM62,000 hingga RM103,000 dengan kelab liga utama Portugal, Portimonense FC.

Nilai berkenaan diyakini antara tertinggi pernah diterima pemain tempatan sama ada ketika beraksi dalam saingan Liga Malaysia mahupun bersama kelab luar negara.

Menurut ejen terkenal yang enggan namanya didedahkan, berdasarkan nilai pasaran semasa Safawi mengikut www.transfermarkt.com, tanda harga pemain berusia 23 tahun itu ketika ini mencecah 300,000 pound atau RM1.5 juta.

Katanya, tanda harga itu biasa meletakkan pendapatan pemain tidak melebihi RM150,000 sebulan dan jika benar, tonggak sayap Harimau Malaya itu boleh dianggap sebagai pemain paling mahal di negara ini.

Safawi bawa impian besar ke Portugal

Malah, tanda harga pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu mampu meningkat dua kali ganda seandainya dia kekal untuk tempoh lebih lama atau dilamar kelab gergasi Portugal seperti Benfica, FC Porto dan Sporting CP atau dulu dikenali Sporting Lisbon.

“Kalau dia dapat kontrak dengan kelab lain yang beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah macam Porto, saya rasa nilai dia boleh cecah setengah juta. Jadi, Safawi boleh raih hampir RM2 juta hingga RM3 juta sebulan kalau dia dapat berpindah ke kelab yang bermain di peringkat tertinggi Eropah.

“Jika bukan kelab ternama Portugal sekalipun, kelab luar seperti di Itali atau Sepanyol mungkin destinasi terbaik buat Safawi meraih pendapatan besar seperti itu. Tapi kita kena ingat, pengiraan itu hanya secara kasar yang biasa diterima pemain di Eropah yang datang dari Asia. Nilai sebenar hanya diketahui kelabnya, Portimonense SC dan JDT (Johor Darul Ta’zim).

“Cuma apa yang boleh digambarkan, Safawi saat ini adalah pemain termahal negara dan itu kita harus akui,” katanya.

Safawi sebak jumpa TMJ [ VIDEO ]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker