Masalah keruntuhan akhlak remaja jarang dikupas · MYKMU.NET

Masalah keruntuhan akhlak remaja jarang dikupas

Share

BIASA kita bincang berkenaan kecemerlangan akademik dalam peperiksaan. Setiap kali keputusan peperiksaan awam diumumkan akan keluar ulasan dari pelbagai pihak membuat analisa kemajuan dan kemunduran pendidikan di Malaysia.

Jarang kita kedengaran ulasan dari mana-mana yang memperkatakan masalah keruntuhan akhlak remaja dan belia terlibat dengan zina dan lain-lain jenayah serta maksiat.

Hatta di masjid dan surau tidak kedengaran kuliah pengajian yang mengupas permasalahan ini. Apatah lagi gerak kerja bersepadu masyarakat awam dan agensi kerajaan serta swasta untuk mengatasi gejala ini.

 

Perlu gencatan politik segera!

Belia dan remaja adalah aset penting negara. Sistem pendidikan negara formal atau tidak formal perlu kepada reformasi untuk melahirkan generasi berakhlak sebagai pelapis pimpinan negara.

Data-data kemajuan akademik perlu digabungkan dengan data-data keruntuhan akhlak kerana mereka juga lahir dari sistem pendidikan yang ada.

Jangan kita asingkan data-data prestasi akademik sahaja untuk ditonjolkan kepada masyarakat bahawa pendidikan kita telah berjaya tanpa kita melihat kepada data-data luar dari jabatan jabatan lain yang sama-sama bergelut dengan akhlak remaja.

Remaja dan belia secara umumnya lahir daripada sistem pendidikan negara.

 Ustaz Sharipudin Ab Kadir
 YDP ISMA Pasir Puteh

 

Pendidikan agama berteraskan akhlak

Leave a Reply