Bunga Raya, Aina Abdul Juara The Masked Singer Malaysia! · MYKMU.NET

Bunga Raya, Aina Abdul Juara The Masked Singer Malaysia!

Share

Bunga Raya, Aina Abdul Juara The Masked Singer Malaysia!

Selepas lapan minggu bersiaran, pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri, The Masked Singer Malaysia melabuhkan tirainya sebentar tadi.Pentas akhir itu juga menyaksikan Bunga Raya diangkat sebagai juara selepas berjaya mengenepikan empat peserta lain.Bunga Raya yang dipakai oleh penyanyi Aina Abdul berjaya mencuri hati juri selepas membuat persembahan memukau dengan nyanyian lagu Listen nyanyian asal Beyonce dan Malam Ini Kita Punya dari kumpulan Bunkface.Aina membawa pulang trofi dan gelaran seperti mana mengikut format asal negara-negara lain.

Tempat kedua pula jadi milik Rajah Brooke yang dipakai oleh penyanyi Vaneesa Reynauld.

Sementara Wau yang dipakai penyanyi Datin Alyah menduduki tempat keempat manakala kelima adalah Enggang iaitu Vince Chong.

Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah yang diperolehi pada konsert akhir The Masked Singer Malaysia: 

#1 BUNGA RAYA : 96%
Listen (Beyonce) & Malam Ini Kita Punya (Bunkface)

#2 Rajak Brooke : 95%
Ku Bersuara (Ernie Zakri) & Rampas (Akim & The Majistret)

#3 Orang Utan : 94%
Dia (Anji) & Apa Khabar, Sang Saka Biru (Joe Flizzow, Altimet, Sonaone, Alyph)

#4 Wau : 88%
I Surrender (Celine Dion) & Opera Hidup, Pawana (Wings & Search)

#5 Enggang : 87%
Tiada Lagi (Amy Search) & Generasiku (OAG)

Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak memainkan peranan sebagai juri tetap.

Pelawak dan penyanyi Mark Adam dijemput sebagai juri jemputan bagi menggantikan Zizan Razak.

Di samping itu, Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.

Program The Masked Singer Malaysia dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Elly Ariffin.

The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel-GEMPAK

Leave a Reply