Najib puji insentif latihan amali, elaun nelayan ditambah · MYKMU.NET

Najib puji insentif latihan amali, elaun nelayan ditambah

Share

Datuk Seri Najib Razak
Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyambut baik Belanjawan Negara 2021 yang menyediakan insentif kepada mana-mana majikan swasta yang mengambil graduan universiti untuk menyertai program perantisan.

Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak berkata, usaha itu sangat dipuji bagi menggalakkan majikan swasta terus melatih graduan dalam sektor pekerjaan.

“Ini bagus! Majikan akan diberi insentif bulanan RM1,000 untuk setiap graduan baru yang mereka ambil bekerja selama tiga bulan untuk latihan amali,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook miliknya, hari ini.

Beliau mengulas Belanjawan Negara 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, hari ini.

Di bawah Pembangunan Belia dan Sukan, kerajaan menyediakan insentif kepada majikan swasta sebanyak RM1,000 sebulan sehingga tiga bulan bagi setiap graduan baharu yang menyertai program perantisan.

Sebagai tambahan, majikan juga boleh menuntut geran sehingga RM4,000 untuk program latihan bagi perantis tersebut.
Program itu dijangka memanfaatkan sehingga 50,000 graduan baharu dengan peruntukan RM250 juta.

Sementara itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan menyambut baik langkah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menambah kadar elaun bulanan kepada komuniti nelayan yang pernah dilakukan Kerajaan BN sebelum ini.

“Alhamdulillah…Elaun bulanan untuk nelayan akhirnya dipulihkan ke RM300 seperti masa BN setelah dipotong Pakatan Harapan (PH),” katanya lagi. MG

‘Saifuddin memang tak boleh harap’

Leave a Reply