50,000 jalan kaki berjam-jam tinggalkan utara Gaza menuju ke selatan

50,000 jalan kaki berjam-jam tinggalkan utara Gaza menuju ke selatan

GAZA: Beribu-ribu rakyat Palestin meninggalkan utara Gaza dengan berjalan kaki, mengibarkan bendera putih dan bergerak ke selatan untuk mencari perlindungan di tempat lebih selamat ketika Israel melancarkan serangan udara tanpa henti.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pada Rabu bahawa 15,000 rakyat Palestin telah melarikan diri dari utara Gaza sehari sebelumnya, menggunakan jalan raya utama di Gaza-Jalan Salah al-Din.



Jumlah ini adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding Isnin dan jumlahnya terus meningkat saban hari.

Mereka bergegas keluar daripada rumah masing-masing selepas tindakan tentera Israel memberi mereka masa empat jam untuk berbuat demikian.

Tentera Israel berkata seramai 50,000 orang meninggalkan utara Gaza ke selatan semenanjung pada Rabu.

“Kami melihat hari ini bagaimana 50,000 penduduk Gaza berpindah dari utara ke selatan Gaza. Mereka pergi kerana mereka faham Hamas hilang kawalan di utara, dan di selatan lebih selamat,” kata jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari. BH



50,000 jalan kaki berjam-jam tinggalkan utara Gaza menuju ke selatan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud



Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?



Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker