Kerajaan setuju pelarasan gaji doktor kontrak, kata menteri

Share

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melaksanakan pelarasan gaji pegawai perubatan kontrak Gred UD41 kepada aras gaji Gred UD43, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Bercakap pada sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) juga merancang agar petugas kontrak diserap ke kementerian itu selepas pelarasan gaji dilaksanakan.

“Mereka (UD41) akan diberikan aras gaji jawatan UD43 berbanding pegawai perubatan tetap, iaitu UD44,” katanya.

Lepas teguran Najib, kadar sewa kuarters di Putrajaya tak dinaikkan

Beliau berkata, KKM turut merancang menghantar pegawai perubatan tempatan berkhidmat di England, dengan terma serta syarat penghantaran kumpulan itu dikemas kini.

Katanya, langkah itu membolehkan pegawai terlibat diberi kelayakan untuk kenaikan pangkat, selain melatih mereka menjadi pakar perubatan.

Mengulas komitmen kerajaan untuk mendapatkan vaksin Covid-19, Adham berkata, selain menyertai pelan peruntukan vaksin global iaitu COVAX, kerajaan turut menjalin kerjasama 2 hala dengan beberapa calon vaksin lain untuk mendapatkan akses kepada vaksin itu.

KLIA antara 10 lapangan terbang terkemuka dunia

Beliau berkata, apabila vaksin diperoleh, keutamaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan serta kumpulan berisiko tinggi dijangkiti virus itu seperti kanak-kanak.

“Akses kepada vaksin ini mesti selamat, berkesan dan terjamin.

“Oleh itu, diharap dengan ada banyak usaha melalui kerjasama 2 hala, akses vaksin dapat diperoleh dan saya menjangkakan suku pertama tahun depan kita dapat vaksin tersebut,” katanya.

Leave a Reply