Kumpulan perubatan tidak teruja dengan peruntukan belanjawan

Kumpulan perubatan kurang berpuas hati terhadap Belanjawan 2021 dengan berkata, mereka menghargai komitmen kerajaan dalam menyokong sektor kesihatan di tengah-tengah penularan pandemik Covid-19, tetapi percaya peruntukan dan langkah yang diumumkan tidak memberangsangkan.

Dr Subramaniam Muniandy, presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), menghargai peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk memerangi Covid-19 dan bayaran RM500 kepada barisan harapan, tetapi berkata, beberapa kepentingan kelompok perubatan tidak ditangani secukupnya.

“Satu kumpulan yang dilupakan adalah pengamal perubatan awam, yang sebelum ini banyak kali diabaikan dalam pengurusan pandemik.

“MMA mengusulkan pengurangan dan insentif cukai bagi memberi galakan kepada kumpulan ini, selain memasukkan 7,000 pengamal perubatan awam ini dalam perang menghadap wabak itu. Malangnya gesaan itu tidak diendahkan,” katanya.

Beliau juga bertanya sama ada Program Pekerjaan Jangka Pendek akan merangkumi peranan tambahan kepada pengamal perubatan memandangkan permintaan yang meningkat disebabkan pandemik.

“Malangnya, kita tidak melihat sebarang peruntukan besar untuk memberi rangsangan yang sangat diperlukan oleh petugas kesihatan kita,” katanya, selain menambah bahawa kurangnya kesedaran mengenai “isu-isu lama mengenai jawatan tetap dan kontrak untuk petugas kesihatan junior”. .

Namun katanya, peruntukan RM90 juta untuk program imunisasi pneumokokal, inisiatif pelepasan cukai dan fokus kerajaan terhadap kesihatan mental merupakan langkah yang harus dipuji.

Ketua eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib pula berkata, kerajaan membuktikan bahawa ia memberi keutamaan kepada usaha menangani pandemik Covid-19, tetapi meramalkan ia boleh membawa kesan negatif yang tidak dijangka.

“Pengalihan sumber dan potongan untuk membiayai respons terhadap Covid-19 boleh memberi kesan negatif yang signifikan terhadap respons kita terhadap penyakit tidak berjangkit seperti kanser, buah pinggang dan penyakit kardiovaskular,” katanya.

“Sebagai contoh, sangat mengejutkan apabila peruntukan untuk penyakit kanser dikurangkan secara drastik daripada RM328.7 juta pada tahun lepas kepada RM136.4 juta. Nefrologi juga mengalami pengurangan yang banyak.

“Kita tidak boleh melihat satu krisis pada satu-satu masa. Kepercayaan bahawa kita boleh menangani penyakit kanser dan buah pinggang selepas kita selesai dengan Covid-19 bukanlah satu pilihan,” kata Azrul.

Katanya, pengurangan peruntukan itu berisiko menyebabkan orang ramai lebih terdedah daripada sebelum ini, sekali gus menggesa kerajaan mengkaji semula peruntukan untuk sektor kesihatan.

Sementara itu presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Kuljit Singh berkata, persatuan itu “gembira apabila mendapati belanjawan tahun ini memberi tumpuan kepada usaha mengekang dan mengawal wabak Covid-19, termasuk mendapatkan vaksin apabila ia tersedia untuk rakyat.”

Namun tambahnya, APHM masih berharap kerajaan menyediakan dana untuk membolehkan pemindahan pesakit yang menunggu rawatan ke hospital swasta tanpa perlu mengelaurkan perbelanjaan sendiri, sekurang-kurangnya dalam tempoh pandemik.

Beliau turut menyambut baik peruntukan sebanyak RM35 juta kepada Majlis Pengembaraan Kesihatan Malaysia, dengan berkata, pendapatan yang dijana daripada pelancongan perubatan di hospital swasta lupus sama sekali kerana penutupan sempadan negara. FMT

Kumpulan perubatan kecewa, peruntukan kesihatan awam dipotong dalam belanjawan 2021

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker