BSH Jadi BPR… Bukti BR1M Dasar Yang Baik Oleh BN Tapi Dipolitikkan PH

Dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bahawa Bantuan Sara Hidup (BSH) digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan peruntukan berjumlah RM6.5 bilion yang dijangka memanfaatkan 8.1 juta orang.

Sehubungan itu Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail melihat bahawa dasar memberi wang tunai kepada rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini adalah satu dasar yang baik, namun oleh kerana hanya mainan politik dasar yang baik untuk rakyat telah dipolitikkan .

“Sebelum PRU-14 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dikatakan rasuah oleh Pakatan Harapan (PH) terutama Pengerusi PH masa itu Dr. Mahathir Mohamad. Selepas PH menang mereka membuat kenyataan untuk memberhentikan BR1M tapi, akhirnya BR1M diteruskan dengan hanya menukar nama kepada BSH – Bantuan Sara Hidup dan dikurangkan peruntukannya .

“Dan dalam bajet 2021 BR1M yang ditukar nama kepada BSH juga telah diteruskan dengan menukar nama kepada BPR atau Bantuan Prihatin Rakyat,” katanya dalam kenyataan berkaitan Belanjawan 2021.



Tegasnya, ini menunjukkan bahawa dasar memberi wang tunai kepada rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini adalah satu dasar yang baik.

Dilaporkan, menerusi Belanjawan 2021 semalam, di bawah BPR, isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200, manakala yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima sebanyak RM1,800 selain beberapa kategori yang lain turut mendapat manfaat. – UMNO Online

BR1M Rasuah, BSH Tidak – Satu Misteri



Related Articles

One Comment

  1. kita dlm suasana sebegini , tak payah lah nak kritik , mengutuk sesama kita. Ketepikan lah politik kita dulu , fikir cara macam mana nak atasi masalah yang kita , satu dunia alami sekarang. Anda boleh buat….??.. anda seorang yang hebat…

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker