BR1M Rasuah, BSH Tidak – Satu Misteri

Dari segi konsep, perlaksanaan BR1M dan BSH ini adalah sama.  Apatah lagi semua orang tahu BSH hanyalah produk 1Malaysia iaitu BR1M yang ditukar nama.

Tobat lahum puak-puak ni nak mengaku pun.  Malah dalam manifesto depa, takde perkataan BSH, perkataan BR1M ada.

Balik ke asal. Sekarang, soal konsep yang kita cerita, bukan perlaksanaan dan jumlah penerima.  Kalau cerita dari dua faktor ini, memanglah banyak beza, antara lain, 7 juta orang menerima BR1M, sementara kurang lebih 4.1 juta menerima BSH.

Hanya 3 juta saja terkurang.



Tapi anehnya, walaupun sama dari konsep, BR1M masih dikenal sebagai rasuah kepada rakyat, sedangkan BSH pulak tidak dipanggil begitu, kenapa?  Misteri ni.

Datuk Seri Najib baru ini dalam posting Facebook beliau dedah, antara lain, bayaran pendahuluan BSH sebanyak RM 300 juga akan dipercepatkan – sebijik macam pendekatan sama pernah diambil masa dalam BR1M dulu (cuma jumlah saja berbeza).  Tak menghairankan kita sebab benda sama, hanya tukar nama.

Yang bezanya itulah, dengan BR1M semua kata rasuah, dengan BSH takde pulak terpacul rasuah dimana-mana.

Misteri ni.  Setaraf pulak misterinya dengan alasan ahli-ahli parlimen mahu melompat dari parti asal kerana bantah rancangan kerjasama dengan DAP, tapi nak masuk ke satu parti itu yang memang dah bekerjasama dengan DAP.



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker