PRU15: PBM tanding di enam kerusi penyandang termasuk Lahad Datu dan Ampang

atuk Zuraida akan kembali memenangi kerusi tersebut dan secara langsung akan menyumbang kerusi kepada Barisan Nasiona

PRU15: PBM tanding di enam kerusi penyandang termasuk Lahad Datu dan Ampang

KOTA KINABALU: Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan mempertahankan enam kerusi parlimen yang disandang oleh ahli parlimen parti itu sebelum ini pada PRU-15.

Ketua Penerangan PBM, Zakaria Abdul Hamid berkata, enam kerusi itu ialah Parlimen Lahad Datu, Ampang, Segamat, Tebrau, Kuala Langat dan Julau.



Tambah Zakaria, keputusan tersebut dibuat PBM berdasarkan justifikasi pencapaian cemerlang penyandang kerusi tersebut pada PRU14 selain mengambil kira kerjasama yang dijalin antara PBM dan Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat.

“Kenapa kita meletakkan penyandang kerana mereka ini telah pun mempunyai ‘track record’. Contohnya di Ampang iaitu kerusi presiden kami Datuk Zuraida Kamaruddin yang telah pun memenangi kerusi Ampang itu sebanyak tiga kali dan beliau sangat dikenali oleh para pengundi di Ampang.

“Kita sangat yakin Datuk Zuraida akan kembali memenangi kerusi tersebut dan secara langsung akan menyumbang kerusi kepada Barisan Nasional”, ujar Zakaria.

Selain itu, beliau menjelaskan, kerjasama di antara PBM dan Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat akan diperluaskan ke Sabah pada PRU-15.



Katanya, kerjasama itu termasuk memastikan kemenangan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai rakan kerjasama BN di negeri itu.

Bentuk kerjasama tersebut menurut Ketua Penerangan PBM, Zakaria Abdul Hamid termasuk memenangkan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai rakan kerjasama BN di negeri itu.

Untuk rekod, PBM sebelum ini mempunyai enam kerusi parlimen iaitu parlimen Ampang, Julau, Segamat, Tebrau, Kuala Langat, dan Lahad Datu selepas keenam-enam ahli parlimen iaitu Datuk Zuraida Kamaruddin, Datuk Larry Soon, Datuk Seri Santhara Kumar, Steven Choong, Datuk Xavier Jayakumar, Dan Datuk Mohammadin Ketapi memutuskan untuk masuk ke dalam parti itu.

PBM yang diketuai Zuraida sebagai presiden turut dilaporkan sedang menunggu keputusan penyertaan parti itu ke dalam BN daripada presidennya Datuk Seri Zahid Hamidi selepas menyatakan sokongan terbuka terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Ismail Sabri sebelum ini.AA



PRU15: PBM tanding di enam kerusi penyandang termasuk Lahad Datu dan Ampang

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk



Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker