UMANY disiasat atas kenyataan biadap mempertikaikan kuasa Agong
Pihak polis sedang menjalankan siasatan ke atas Persatuan Pemuda Baru Universiti Malaya (Umany) di bawah akta hasutan susulan kenyataan kontroversi mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Presiden persatuan itu, Yap Wen Qing dan timbalannya Tan Li Yuan disoal siasat hampir tiga jam di ibu Pejabat Polis Daerah Kajang hari ini.
Peguam yang mewakili kedua-dua pelajar itu, Rajsurian Pillai berkata, mereka disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Telefon bimbit Yap juga dirampas bagi siasatan lanjut.
Menurut Rajsurian, sebanyak 42 laporan polis dibuat ke atas Umany berhubung kenyataan yang dibuat susulan respons terhadap keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan perdana menteri untuk mengisytiharkan darurat, dan menasihati semua anggota parlimen menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentang di Dewan Rakyat esok.
Peguam juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai anggota Umany dipanggil untuk disoal siasat.
Presiden Umany akan disoal polis berhubung kenyataan kontroversi mengenai Agong di FB
Terdapat kumpulan kecil, dari pelajar Universiti Malaya (UM) berkumpul di balai polis itu hari ini untuk menyatakan sokongan terhadap Umany.
Selain itu, terdapat juga wakil dari Amnesty Malaysia dan Malaysian Action For Justice And Unity (MAJU).
Yap ditemui pemberita berkata kononnya, terdapat anggota Umany yang diganggu dan dibuli di media sosial susulan kenyataan tersebut.
Tambahnya, ada juga yang terkesan secara mental dan emosi selepas akaun Facebook mereka ditularkan.
“Mereka juga ganggu ahli dan bekas anggota Umany dengan telefon mereka serta ibu-bapa, ugut untuk cari rumah atau tempat kerja malah ugut untuk cederakan mereka.
Najib tegur UMANY dan DAP jangan naikkan suhu rakyat
“Tambahan, warganet juga menganggu anggota wanita dengan menggunakan perkataan tidak elok,” tambahnya.
Bagaimanapun, Yap berikrar persatuannya tidak akan goyah.
Selain polis, UM turut menjalankan siasatan ke atas persatuan tersebut berhubung kenyataan yang sama.
Segelintir persatuan telah mengkritik tujuan siasatan tersebut antaranya adalah Jaringan Hak Asasi Manusia (JHAM) yang menyifatkan perbuatan itu seperti “memomokkan perbincangan akademik”.
You must be logged in to post a comment.