Lucu Melihat Aksi Cikgu Siap Menyanyi Nak Bagi Murid Faham Apa Beza Antara Mat Kilau & M. Daud Kilau [Video]

Cover image via @cikgu.gja (Instagram)

Setiap orang pasti rindu kenangan zaman sekolah, lebih-lebih lagi kalau dapat guru yang sporting kan?

Image from Pendidik

Image via Pendidik

Guru merupakan tunggak utama kepada kejayaan setiap murid. Tapi bukanlah mudah untuk menjadi guru yang disayangi semua pelajar.

Menjadi seorang guru adalah sangat mencabar kerana harus berhadapan dengan pelbagai karenah murid.

Namun, jika seseorang guru itu pandai mengambil hati anak muridnya, pasti mereka akan disayangi dan dipuji.

Baru-baru ini, tular di Instagram seorang cikgu di mana dia memuat naik videonya ketika mengajar subjek Sejarah.

Video itu yang mendapat perhatian warganet sehingga mencecah lebih 68,000 tontonan kerana ramai yang terhibur dengan cara cikgu itu mengajar.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=9Vzi-VqptpY[/embedyt]

Cikgu sampai terpaksa menyanyi lagu M. Daud Kilau bagi anak muridnya faham

Cikgu yang bernama Azizah atau mesra dipanggil Cikgu Gja itu kelihatan bersungguh-sungguh menerangkan kepada muridnya apa beza Mat Kilau dengan M. Daud Kilau sampai terpaksa menyanyi.

Cikgu Gja menyanyikan lagu popular dendangan M. Daud Kilau bertajuk Cek Mek Molek dan anak muridnya pun turut nyanyi sekali siap bergelek buat warganet terhibur.

“Bercerita tentang Pahlawan Mat Kilau, ada pulak murid yang keliru antara Mat Kilau dengan Raja Gelek, Datuk M. Daud Kilau.

Puas jugak nak beri penerangan. Eh, terpaksa nyanyi tau. Nasib baik dapat kawal diri, kalau tak terkeluar gelek dangdut cikgu,” katanya.

Rata-rata warganet berkata untung siapa yang dapat belajar dengan Cikgu Gja sebab dia sporting dan layankan saja perangai muridnya

Melihat daripada cara Cikgu Gja yang menerapkan konsep dalam ketegasan ada hiburan, kita dah tahu mesti dia adalah guru favourite muridnya sebab dia nampak sangat berdedikasi dan ikhlas ketika mengajar.

Antara komen menarik daripada warganet di Instagram:

Image from @cikgu.gja (Instagram)

Image via @cikgu.gja (Instagram)

Seronok ada cikgu macam Cikgu Gja ni kan? Suara pun sedap macam artis, boleh ajar subjek muzik pulak lepas ni 😀

Kredit: Says.com

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker