Ini SOP Deepavali 2020 wajib dipatuhi bagi kawasan PKPP, PKPB dan PKPD

 

PETALING JAYA: Kerajaan hari ini menyenaraikan SOP Deepavali yang bakal disambut penganut Hindu pada 14 Nov ini, dengan syarat ketat diperkenalkan bagi mencegah dan mengawal penularan Covid-19.

Rumah ibadat (kuil):



  • Menyediakan kaunter di pintu masuk bagi memeriksa suhu badan dan saringan gejala berkaitan Covid-19 seperti batuk, sakit tekak atau sesak nafas.
  • Kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera atau direkodkan di dalam buku kehadiran.
  • Penganut yang menghidap penyakit kronik, warga emas, dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak digalakkan hadir.
  • Upacara sembahyang hendaklah mematuhi sepenuhnya SOP pembukaan rumah ibadat yang dikeluarkan dan tidak melebihi 30 orang pada satu-satu masa tertakluk kepada keluasan ruang rumah ibadat (kuil) dengan penjarakan fizikal.
  • Sesi upacara sembahyang perlu diadakan bermula 7.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dengan pembahagian sebanyak 5 sesi sahaja (30 minit setiap sesi) dan diselangi dengan operasi sanitasi selama 30 minit sebelum memulakan sesi baharu.
  • Manisan perlu diagihkan secara berbungkus (packing) kepada para penganut dan terus bersurai selepas selesai upacara sembahyang.

Rumah kediaman:

  • Bagi sambutan perayaan di rumah kediaman “landed” dalam kalangan keluarga terdekat perlu tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa.
  • Manakala bagi rumah kediaman strata dengan keluasan kurang daripada 1500kps (tidak melebihi 10 orang) dan bagi keluasan melebihi 2500kps (tidak melebihi 15 orang) pada satu-satu masa.
  • Ahli keluarga atau individu digalakkan memakai pelitup muka, memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dan sentiasa mengutamakan kebersihan diri. (pensanitasi tangan/sabun pencuci tangan)

Aktiviti jualan atau perniagaan:

  • Aktiviti jualan atau perniagaan hanya di premis yang dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) atau mana-mana pihak berkuasa lain sahaja.
  • Walaubagaimanapun, aktiviti jualan secara dalam talian adalah digalakkan.

SOP khusus bagi kawasan PKPD

Rumah ibadat (kuil):



  • Upacara sembahyang di rumah ibadat (kuil) tidak dibenarkan.

Rumah kediaman:

  • Sambutan perayaan dibenarkan bagi seisi keluarga dalam rumah yang sama sahaja dengan memastikan penjarakan fizikal, kebersihan diri, dan mengelakkan 3C iaitu bersesak (crowded area), ruang tertutup (confined area) dan juga perbualan jarak dekat (close conversation).
  • Melaksanakan sanitasi secara berkala terutamanya terhadap meja makan dan permukaan yang terdedah kepada banyak sentuhan.
  • Bagaimanapun, aktiviti ziarah di kawasan PKPD tidak dibenarkan.

Aktiviti jualan atau perniagaan:

  • Aktiviti jualan atau perniagaan di kawasan PKPD adalah tidak dibenarkan.

Maklumat lanjut berkenaan SOP boleh dirujuk di laman sesawang MKN.



(Sumber: Kenyataan media Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob pada 5 Nov 2020)

 

Tiada penganjuran Bazar Deepavali Klang



 

Kerajaan bincang sambutan Deepavali



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker