Tiada penganjuran Bazar Deepavali Klang

Share

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) membuat keputusan untuk tidak menganjurkan Bazar Deepavali di Lorong Tingkat, Klang pada tahun ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, langkah tersebut diambil berikutan situasi penularan pandemik koronavirus (Covid-19) yang melanda negara termasuk di Klang yang semakin meningkat.

“Lebih-lebih lagi dalam kebelakangan ini, beberapa kes di kawasan Klang semakin meningkat. Disebabkan itu, pihak MPK membuat keputusan untuk tidak menganjurkan Bazar Deepavali pada tahun ini.

Klang dan 3 daerah di Sabah kena PKPB – Ismail Sabri

“Dengan harapan penutupan bazar tersebut, dapatlah kita membantu membendung penularan kes Covid-19 yang melanda Klang pada ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bazar Deepavali di Lorong Tingkat, Klang merupakan salah satu aktiviti simbolik yang dinanti-nantikan oleh penganut agama Hindu terutama penduduk Klang menjelang sambutan pesta cahaya itu.

Pengunjungnya pula adalah dalam kalangan penduduk daerah Klang, namun ia turut dikunjungi masyarakat serata Malaysia yang tidak mahu melepaskan peluang merasai sendiri kehangatan persiapan sambutan Deepavali.

Pada Rabu lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kerajaan mengenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di zon merah iaitu Sandakan, Papar, Tuaran di Sabah termasuk Klang di Selangor bermula 9 Oktober lepas susulan peningkatan kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

Jika Tunduk Pada Mainan Politik PH, Ribuan Nyawa Akan Terkorban Di Lautan – Bossku

Leave a Reply