Noh Omar tarik diri daripada PAC

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar
Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar menarik diri daripada menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu berkata, keputusan terbabit dibuat bagi memberi tumpuan kepada UMNO Selangor.

“Saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid atas pencalonan nama saya sebagai Ahli PAC bagi mewakili BN seperti yang diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat semalam.

“Saya secara sukarela mengumumkan penarikan diri sebagai Ahli PAC berkuat kuasa serta merta untuk memberi perhatian lebih kepada UMNO Selangor,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Semalam Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan 12 Ahli Parlimen sebagai ahli jawatan kuasa PAC berdasarkan Peraturan Mesyuarat 76 (2) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Pengerusi dan Naib Pengerusi PAC dipilih Dewan Rakyat pada 27 Ogos lalu. Pengerusi PAC adalah Wong Kah Woh, Ahli Parlimen Ipoh Timur dan Naib Pengerusi, Datuk Azizah Mohd Dun, Ahli Parlimen Beaufort.

Selain Noh, ahli lain PAC ialah Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BERSATU-Sabak Bernam); Yamani Hafez Musa (BERSATU-Sipitang); Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian); Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) dan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti).

Turut dilantik Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas); Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik); Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh); Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli (PH- Lumut), Wong Shu Qi (PH-Kluang) dan Ahmad Hassan (WARISAN-Papar). BH

Semua ahli Parlimen pembangkang letak jawatan PAC

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker