Mahathir tak nak debat, sila hantar Kit Siang – Najib

Roger Tun! Sila hantar Kit Siang pulak.

Kit Siang masih tengah fikir 10 soalan saya semalam.

(Sebenarnya saya tak ajak pun. Saya cuma jawab komen netizen jika saya ada masalah untuk debat dengan PM4/7/7i. Saya jawab “no problem”.)

Posting Tun M:

Ini posting saya semalam:


Antara 10 soalan yang saya tanya Kit Siang semalam termasuk:

2. Adakah ianya benar bahawa Ketua Hakim Negara yang dilantik masa PH itu adalah pilihan Kit Siang?
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/07/18/kit-siang-push-for-richard-malanjum-to-be-next-chief-justice/

Adakah juga Peguam Negara yang dilantik dari luar oleh PH yang membuat keputusan dakwa saya juga peguam anak kamu dan adakah pendakwa raya kes SRC saya yang dilantik dari luar oleh PH juga peguam untuk Phang Li Koon, penjual banglo murah kepada anak kamu?

3. Adakah ianya benar bahawa hakim kes SRC saya tiba-tiba ditukar dengan hakim baru yang dipindah dari mahkamah komersial ke mahkamah jenayah setelah kes mahkamah saya sudah berjalan dengan alasan “pertukaran hakim adalah perkara biasa” (routine change) seminggu selepas ketua hakim negara dilantik PH?
“New judge to hear Najib’s CBT case ”
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/07/27/new-judge-to-hear-najibs-cbt-case/

4. Adakah ianya benar bahawa ketua hakim negara tersebut hanya berkhidmat selama 9 bulan sahaja dan kemudiannya dia berkempen untuk Warisan Plus dan di atas pentas bersama Guan Eng pada PRN Sabah lalu?
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/09/13/former-chief-justice-richard-malanjum-backs-warisan-govt-in-sabah-polls/1902881

5. Adakah saya masih bebas sebagai ahli parlimen sebab saya tengah menunggu rayuan kes SRC saya? Dan adakah Kit Siang bersetuju bahawa kes SRC saya melibatkan saya sokong pinjaman RM4 bilion diberikan oleh KWAP kepada SRC pada tahun 2011 supaya saya kononnya tunggu 4 tahun kemudian untuk songlap RM42 juta (1% dari RM4b) yang kemudiannya dibelanjakan untuk kerja-kerja CSR dan sedekah dan bukan untuk kegunaan peribadi saya?

“Duit RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah, kata hakim”
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/271571

Ini tak sama dengan RM305 juta yang anak kamu sedekahkan kepada projek kroni terowong untuk kos membuat laporan kebolehlaksanaan di mana 5 tahun selepas bahagian besar wang RM305 juta dibayar, kita tak nampak pun ada apa-apa projek pembinaan kecuali pembinaan projek kondo mewah atas tanah kerajaan yang dibayar Guan Eng untuk projek terowong.

Najib Razak

Sekarang kita berdua bukan lagi PM, jom berdebat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker