Semua ahli Parlimen BN sokong Belanjawan 2021

Share

Semua 43 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersetuju menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata, persetujuan itu dibuat menerusi mesyuarat diadakan semalam.

“Begitu juga dengan semua Rang Undang-Undang (RUU) akan dibentangkan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahid berkata, wakil rakyat BN turut memutuskan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mempertimbang 2 tuntutan termasuk melanjutkan tempoh moratarium 6 bulan atau sebahagian mereka yang layak membabitkan kumpulan B40 dan M40.

“Meluluskan untuk pengeluaran sejumlah wang daripada akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mereka yang layak dan memenuhi syarat tertentu,” katanya.

Surat menyatakan sokongan dan cadangan ahli Parlimen BN juga diserahkan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri Perikatan Nasional (PN).

Demi Negara, Semua MP BN sokong Belanjawan 2021

Leave a Reply